Artikel ini saya petik dari bahagian ‘discussion’ dari laman grup 1 Hari 1 Tips Perniagaan Internet saya dari laman Facebook. Beberapa bahagian telah disunting untuk menyesuaikan mesej penyampaiannya. Semoga bermanfaat..
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Pada hari ini dan hari-hari seterusnya saya akan memulakan semula siri e-course seperti siri e-course saya sebelum ini berkaitan bab bagaimana menjana pendapatan dari produk MRR dan PLR.
Kali ini saya ingin mulakan dengan tutorial yang paling asas sebelum anda memulakan perniagaan sendiri di internet, iaitu berkenaan definisi serta frasa-frasa asas yang perlu diketahui. Mohon pada yang telah sedia maklum berkenaan tutorial yang ingin disampaikan, anggap sahaja anda sedang melakukan ulang kaji dan refresh kembali.
Anda sudah bersedia? Mari kita mulakan!
• Apakah domain name?
Domain name adalah alamat website anda. Ianya akan kelihatan seperti ini :
www.nama-domain-anda.com
Apabila nama domain tersebut telah dibeli atau didaftarkan, maka tiada sesiapa boleh mendapatkan domain yang sama. Dua rumah tidak mungkin mempunyai satu alamat yang sama.
• Apakah itu Website?
Website boleh diibaratkan sebagai rumah anda. Ianya boleh wujud dalam bentuk brochure, salesletter, kedai online, blog dan sebagainya. Website anda akan memaparkan produk-produk anda dalam bentuk gambar, foto, grafik, perkataan dan sebagainya. Orang ramai boleh membeli produk anda tanpa perlu pergi ke lokasi perniagaan anda.
• Apakah Web Browser?
Web browser adalah medium untuk pelawat melihat website anda.
Contoh: Internet Explorer, Mozilla Firefox.. serta banyak lagi.
• Apakah Web Hosting?
Web hosting ialah tapak kepada website anda. Website anda akan diletakkan di dalam sebuah komputer server yang akan disambungkan ke Internet 24 jam sehari. Anda perlukan web hosting ini supaya orang lain dapat melayari website anda.
• Apakah itu FTP?
FTP berasal dari perkataan File Transfer Protocol. FTP program ini akan membolehkan anda menghantar fail ke web hosting dari komputer anda supaya kandungan website anda boleh dilayari oleh orang ramai melalui Internet.
Cukup 5 Frasa serta point utama bersama definisi yang saya berikan diatas untuk hari ini. Mungkin bagi anda ia terlalu asas, tetapi seperti yang telah saya nyatakan pada awalnya ia adalah asas untuk rakan-rakan kita yang masih zero dan newbie di dalam perkara ini.



